Friday, August 14, 2009

i hope it wasn't too late yet,

 Selsema babi (nama  manja)
Ha Wahid Nun Wahid (kata U. Azani)
Horlick 1 Nescafe 1 (kata kwn abg)
HI And I (entah?)

Assalamualaikum. Pasti, umumnya semua maklum, benda-benda di atas ni merupakan nama-nama lain yang semuanya merujuk kepada satu wabak yang sudah semakin membusung bernanah di kalangan penghuni dunia sekarang iaitu Influenza A H1N1.

Namun, masih ramai di kalangan kita memandang wabak ini sebagai wabak yang tidak cukup serius lagi. Ya, mungkin ia hanya wabak demam, selsema, batuk, sakit tekak sahaja, namun kemuncaknya, ia membawa kepada kematian!

Sedar tak sedar, angka kematian di Malaysia begitu mendadak meningkat, hingga kini hampir mencecah 50 0rang mangsa! Sedangkan di Amerika, angka kematian mereka baru mencecah 12 orang, sedangkan lagi mereka yang terlebih dahulu menerima wabak ini. Huh? Biar betul?! Tak percaya?

Namun inilah hakikatnya, yang harus kita terima. Analisa, analisa. Kita lihat perbandingan pertama, penerimaan masyarakat terhadap jangkitan wabak ini. Betul, rakyat kita masih ramai yang masih berada di tahap 'kurang peka'. Bak kata seorang pensyarah UM(melalui kakak saya), kalau kita jejakkan kaki ke UK (*saya sudah tukar, dahulu Amerika. Silap.) sekarang ni, semua penduduk kat sana sudah memakai topeng (mask) malah sangat menitikberatkan langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan ini.

Itulah salah satu faktornya, mungkin juga faktor terbesar mengapa angka kematian di sini begitu cepat membiak berbanding negara lain. Jadi natijah.. Natijah? Ya, natijahnya, ambil perhatian terhadap perkara ini. Kebersihan harus diutamakan.

Usaha, doa, dan tawakkaltu alallah~ Setiap yang terjadi bukan di dalam genggaman kita.~

No comments: