Thursday, March 18, 2010

Komputer tahu menipu,*kadang-kadang~

Hari ni aku terdetik untuk bercerita lagi.


Kisah lama yang berlaku hari Ahad tahun lepas, 5 Julai. Aku dan empat orang yang lain bertuah sebab terlepas dari bergelut dengan Kem Soleh kat Maahad.

Awal pagi lagi kami terpacak di dataran tunggu van nak datang angkut. Dan tak lama lepas tu kami sampai ke satu bangunan dekat mana entah untuk hadir Kursus Komputer apa benda entah. Mula-mula sekali, kami ambil sarapan enak yang pihak penganjur sediakan.

Bila dah kenyang lepas tu, masing-masing cari port sendiri. Kira ok lah, komputer dia semua cun & menawan belaka, jadi aku tak main pilih-pilih sangat, terus duduk. Dan sebelum program tu bermula, masing-masing ambil kesempatan beramah-mesra & menyesuaikan diri dengan komputer persendirian & orang-orang persekitaran tu.

Cerita bermula bilamana komputer aku betul-betul bersebelahan seorang pelajar Cina ni, yang mana lepas ditemubual namanya Sadira Yeong. Uuh~ Comel laa, mata dia besar dan bulat *ye, semua manusia mata bulat... Sebelah kiri pula port Timah & tiga orang putera yang lain tu ambil tempat betul-betul di depan kami.
Candybar Dolls
Dan si pengendali majlis datang, maknanya program dah bermula... Selesai sesi penerangan, dia bagi tempoh sejam ke dua jam, lebih kurang camtu laa untuk kami perlengkapkan diri masing-masing dengan mengeown sekurang-kurangnya satu blog setiap orang serta menyign up pelbagai laman web sosial yang wujud zaman IT ni.


Aku yang memang sediaada dah berym, msn, myspace, & etc masa tuh lenggang sahaja laa sambil melihat orang lain menyudahkan tugas. Bosan betul, jadi aku buat pos ni, merepek. Si Sadira sebelah aku ni pun lenggang gak, dia tngah kemaskini blog dia~ Kami pun borak laa itu ini itu ini, usha blog dia, dia usha blog aku... sampailah aku tertanya,

"Sadira, awak ada Myspace? Apa haa? Nak add awak lah."

Sekali dia jawab, 
"Myspace? Saya tak ada Myspace."
"Sebab itu Israel punya kan?"

Aku tersentak, Timah *yang jugak curi-curi dengar perbualan kami terus grab tangan aku.  Kami main isyarat mata, cuak!
"Ohh?" 

Aku terpana lagi, terkena kejutan elektrik yang agakk dahsyat. Ohh, jarang jumpa non-muslim live macam ni. Angguk.
"Kami tak sokong Israel..."

Jari dia memberi isyarat 'kami' sebagai dia dan kawan sebelahnya. Kawan sebelah dia tu, Shobanah mengiyakan.*Dia ni kacukan India-China ehh. Ohhh, semangat betul dia! Dia sangaattt ter'emosional' ketika berbicara isu Israel tuh.

"Betul,betul! Siapa sokong Israel?!"

Aku membalas kata-katanya. Ya! Geram betul! Tak patut betul! Keluar beribu macam lagi perkataan-perkatan tak terduga dari mulut kami, Timah pun sudah turut serta. Blablablabla...
Tiba-tiba suara nyaring Sadira meninggi, 

"ISRAEL JAHAT!!!

Suara dia mendalam, dan nyata; kuat! Budak-budak putera serentak berpaling ke arah kami. Aku paling ingat babak ni, sebab dia meninggalkan kesan yang sangat mendalam....

"Kalau Myspace Israel punya, habis ya....."

Baru kami nak meneruskan perbualan.  Dia pintas ayat aku. *Timah, aku tak ingat sangat dialog dia laa...

"Ya! Google, Yahoo, 
dan semua tu Israel Yahudi yang punya!"
Dia geram.

"Oh, jadi...."
Dipintas lagi,
"Ya, tapi malangnya kita terpaksa guna 
juga kalau mahu ikut perkembangan zaman.
Saya ada Yahoo Messenger dan saya juga guna Google."
Kali ni Shobanah pula bercakap, slumber.
 Tapi dia macam nak segera tamatkan perbualan.

"Tapi berpada-padalah..."

Selepas tu kami terus berbual dan bersependapat yang program tu sangaatt membosankan sehinggalah pukul 5 petang, usai solat Asar, kami dapat sijil & kami pun pulanggg!~~

Kesimpulannya jelas dan terzahir. 
Sedangkan mereka sungguh-sungguh membenci Israel yang menzalimi rakyat Palestin, apatah lagi kita?~ Tidakkah kita rasa hakikat kekejaman yang telah berpuluh tahun bermaharajalela di sana? Dan kalau jawapannya ya, kenapa ada antara kita yang masih terus berseronok tanpa batasan sedang kita sendiri dalam jajahannya....
Dan bagi aku, semua laman web yang mereka bina, tak kiralah apa judulnya; FB,MS,FS&etc.. sememangnya berpotensi besaaarrr mempengaruhi pergaulan kita, ye laa nama pun 'laman web sosial'. Cuma kita lahh yang jadi kayu pengukurnya. Asalkan kita tak menjayakan objektif laman web mereka tuu dengan jayanya dah laa.

Apa-apa pun, di mana pun kita berada, kita masih pegang title Muslim, bukannya
bila sudah tiada hijab di alam maya kita turut menenggelamkan identiti kita~~~

Ohh, penat menaip~! Ahh, tangan hampir pp..ppa...tahhh? Erghhh, baik berhenti dulu.

Ambil intisari dan oh! tak perlu guna kanta untuk renungkan~~

Profile Graphics, Page Graphics

Sekian.


No comments: