Sunday, August 21, 2011

Fighting!



Di bawah sedar rupanya dah masuk malam ke sepuluh terakhir Ramadhan. Doalah supaya dipertemukan dengan LailatulQadar. Sayangnya. Tak lama lagi, syaitan-syaitan yang dibelenggu akan kembali dibebaskan. Kembali membisikkan godaan-godaan memalingkan anak Adam. Seram.


Memang Uztaz pernah berpesan ini waktunya kita mentarbiyah rohani ke tahap maksima, ini waktunya ketaqwaan kepada Tuhan Yang Esa dilipatgandakan. Bukannya sibuk menelaah resepi kuih mana mahu diguna, baju mana mahu diperaga raya kelak. Tidak sama sekali.

Lantas teringat aku pada sebuah persoalan sinikal ini "Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?"

Sejenak . Tepuk dada tanya iman.

Kata Uztaz lagi Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria yang dalam gelap-gelita. 

Habis macamana aku kadang terasa lemah, tanggungjawab banyak nak dipikul, bahu terasa berat. Macamana?

Jawabnya mudah, 

"Cari dan dapatkanlah malam yang boleh menaikkan makam atau pangkat kedudukan kita di Akhirat nanti. Ia adalah hadiah dan percuma daripada Allah yang Maha Pemurah. Allah itu Pemurah pada setiap masa bukan seperti kita yang hanya pemurah bila banyak wang sahaja."

Please guide me . 

No comments: