Monday, April 29, 2013

pesta buku, spek dan buku

Aku tak ingat bila kali pertama kitorang mula-mula sekali pergi pesta buku. Rasa macam sejak lahir lagi aku dah ke pwtc tu. Masa kecik rasa macam heaven itu adalah pesta buku. Woha overrrrrr sangat.

Tapi hakikatnya memang kitorang tak pernah miss pesta buku walaupun setahun. Sebab mak aku orang kuat librari kat rumah hoho. 

Masa umur aku lima tahun koleksi kegemaran aku adalah siri hadi, siri salma dengan siri tingkatan satu sampai lima di seri melur. Sampai kalau mak suruh mandi atau panggil makan, aku akan menyorok bawah meja dan baca buku. Teruk gila perangai sampai tak nak mandi haha. Aku sangat susah keluar dari bawah meja tu mengakibatkan aku terpaksa bermata dua dua tahun berikutnya. Mana ada budak masa tu pakai spec darjah satu. 

Aku ingat lagi spec tu lagi bulat dari harry potter punya. Haa ko bayangkanla. Aku malu sangat nak pakai. Masa first time pakai kena gelak dengan classmate satu lili, sekolah pandan indah. Masa aku tingkatan satu sekolah bandar kinrara pulak, time aku jumpa balik divagen classmate aku masa darjah satu, sekali dia bawak gambar aku time darjah satu dengan spec tu. Time tu pun kena gelak lagi. Pft semua ni buku punya pasal.

Tapi sayangnya entah kenapa aku dah stop ber-bookworming masa aku darjah lima. 

Masa tingkatan empat pulak aku check mata, power aku dua ratus, kira maintain ah tu. Tapi sekali, beberapa bulan setelah peraturan light off di asrama dikuatkuasakan, aku check mata lagi di tingkatan lima, power aku dah empat ratos! Fish. Macamana power aku membiak ni. 

Walaupun sepatutnya aku happy sebab sekarang aku ada superpower, lagi hebat dari you ols hahahahahaha tapi aku sedih gila tahu. Rasa macam nak menangis pun ada depan optometri tu.

Kalau tabung simpanan cukup lapan ribu, cita-cita umur dua puluh satu aku nak buat lasik.

By the way, hari ni dah hari ke-empat pesta buku kat pwtc tu. Mak aku datang je dah tiga kali. Kalau boleh mama kata dia nak pergi pesta buku ni tiap-tiap hari haha. 

Some of the cool-looking books of the day. Bought some fixi and stack of old magazines for real cheap yesterday. Dan dua-dua buku tanjung malim tu buku current favourite mak aku yang buat orang gelak terguling-guling.


Best book of the day, Unstuck or in malay is pecahkan kebuntuan hoho. Terbaik dari ladang Institut Terjemahan semestinya. Plus, dapat 40% diskaun kalau korang beli di booth ITBM pukul 10.30 - 11.30 pagi.  #HappyHour. Sangat berbebaloi.

Kenapa best? Sebab banyak aktiviti cool and whatnot.
Kalau korang suka Keri Smith 'wreck this journal' / 'this is not a book', buku ni lebih kurang sama konsep dia.

Oh ya lagi satu.
Fresh dari oven. Mak baru beli tadi. Sangat haruslah mengupload gambar ini hehe. Buku ni kelako.

*P/s: Kerajaan saudi yang kaya-raya berbaik hati bagi naskhah al-Quran free terjemahan inggeris atau melayu kepada anda. Kalau nak ambil jangan segan minta.

Okay setakat tu sahaja. Sedangkan maskot pun bertudung indon, anda bila lagi?
Eheh sekarang ni bukan main banyak aku post haha.

Assalam. Babai adik manis.

Sketch 005: Rokok

*guna mouse.


Satu hari di kelas memandu dah lama dulu,
Seorang perempuan memberanikan diri menegur budak-budak muda
Yang punya rokok sebatang seorang,
Untuk berhenti sekejap.
Berhenti sekadar waktu tu pun cukuplah.
Mana taknya ruang bernafas dah terlalu sempit.
Its not a nice sight either.

Tapi last-last buang air liur semata.

'Best sangat ke merokok?'
'Daripada buang masa tunggu cikgu macam ni, baik la merokok.'
'Lagipun kitorang mana merokok dekat luar sebenarnya, dekat sini je.'

Oh pft.
Aku rasa aku faham kot.
Faktor persekitaran?
Konon macam aktiviti diwaktu senggang kan lagi bagus dari buang masa.
Tapi sayang rokok itu kan fatwanya haram.
Sayangnya sayangnya sayangnya.

Just because to kill the time
You'd exposed yourself to the killing.

*Entahlah aku tak faham kot. Kan lagi best kalau korang telan sekali asap-asap tu.

Sunday, April 28, 2013

temuduga sarjana muda sains senibina

Assalamualaikum. So hari ni tajuk menceritakan segala galanya, dah terang lagi bersuluh. Maka aku akan terus cerita.

Masa yang dalam surat 8.30 pagi. Aku bertolak daripada rumah pukul 7.20, sampai UiTM Shah Alam pukul 8.15. Tapi ya rabbi ya karim, interviewee punyalah ramai. Kalau tahun lepas dia buat lain-lain sesi, tapi tahun ni nak senang kot, dia bubuh somorang pukul 8.30 hah ambik. Walaupun ada lima kaunter semuanya, ramai yang tak perasan lagi empat kaunter tu. so almost semua orang, i mean, semua orang yang baru datang main sambung je dekat satu line ni, iaitu line architecture ni la apa lagi. Nak tak nak tu memang line aku yang sepatutnya pun, so beratur la sepanjang tembok china tu. Parah habis.

Ketika beratur aku didatangi Baiti hoho. The only hamidian around I guess. Aku siap pakai baju batch lagi haha siapa budak maahad tak cam memang la. Program AP243 no giliran aku 83, baiti 85. seorang mamat memisahkan kami hoho.

Okay sebelum aku mula melencong, kitorang duduk tunggu untuk ujian melukis pulak. Satu sesi ujian dalam dewan kuliah tu ada seramai 110 calon. So by the time I arrived to the khemah menunggu the first session candidates was already in the lecture hall. Dia tak ikut nombor giliran pun tapi berbekalkan moto first come first serve dengan main redah je. Setelah tiga jam lebih menunggu, akhirnya aku dapat pun masuk ujian melukis tu. Memang time tu sesi yang terakhir pun haha. Pukul 12 tgh.

Ujian lukisan tu lukislah objek-objek yang diberi haha. Aku dah faham sangat masalah tangan aku ni. Masa permulaan and ending nak melukis ni memang tak boleh melukis tangan nervous sejuk dan basah nanti kotor kertas hoho. Tapi siap jugaklah. Buat shading dengan highlight tu yang kena buat study sikit aku rasa. Esp kalau korang ambik course art lagi la.

Satu jam kemudiannya ujian lukisan tamat. Kitorang diasingkan ikut course. Course yang tertera kat tajuk ni paling ramai calonnya. Yang diploma ukur bahan pula tiga orang sahaja walamak. Tapi kitorang diberi break lagi sebab intervviewer pun dah pergi lunch daaa.

Lepas break, kitorang semangat nak ditemuduga dengan nombor giliran digenggaman. Sebab ramai sangat orang kat depan bilik tu, kitorang pun duduk bersepah sementara tunggu nombor dipanggil. Alangkah lukanya hati apabila rupanya nombor giliran tu TAK ADA function pun. Siapa duduk dekat pintu tu dia panggil dulu sobsob. Tapi sebbek aku pergi tanya sekarang dah nombor berapa, kalau tak lagi parah.

Pukul 3.46 petang akhirnya aku disuruh masuk ke dewan tu. Dalam dewan tu ada lebih kurang lima temuduga going on simultaneously. So tak delah nervous sangat sebab bukan asing-asing. Aku dapat panel 3. Baiti panel 2. Ahh, lagi satu aku terharu masa nak masuk tu, ada lagi lebih kurang enam orang depan aku tunggu turn panel lain. Diorang semua cakap goodluck. Bagus kan diorang tu? Terharu aku. Memang menambah keexcitedan aku. (Kesimpulannya bagilah kata2 positif kat orang walaupun kita tak kenal dia, the effect is the bomb you know!)

Bahayanya aku ni kalau dah excited, bahasa aku ni melanggar semua panduan tatabahasa dan etika keformalan hohoho especially perkataan favourite aku iaitu ikr, you know and guys hoho. Walaupun aku dah praktis dengan baiti masa kat luar sana untuk mengelakkan bahasa-bahasa perbualan ni keluar, terkeluar juga akhirnya ketika diinterview. Aku bawa bersama kerja kursus seni tahun lepas, buku sketch manusia (sketch setiap kali sebelum tidur), dengan buku sketch bangunan (baru buat tiga hari lepas). Btw masa inteview aku dalam 10 minit je lebih kurang tapi aku rasa semua soalan yang aku rasa dia akan tanya, semua ada hhaha. Panel aku dua orang dua dua perempuan. 

So interview aku berjalan seperti berikut. Aku tak tulis jawapan aku sangat. Tau je la aku ni kan, banyak cakap. Banyak sangat kena taip haha. The questions are not in exact order, dah tak ingat. short memory span hha.

Tell me about yourself.
This is soalan wajib so I told my name obviously, siblings & parents names, and current status.

What was your father position?
I answered in details.

Have you ever been oversea?
Dengan yakinnya aku jawab; Nope. Never.

Sekali.

But wait, you were born in manchester? (Puan tu angkat kening)
(Alamak aku lupa aku lahir kat sana =.=) I was only born there. Nothing much. Doesnt have any live experience tho. (Rasa macam dah termenipu la pulak.)

So why did you choose architecture?
Aku cakapla pasal diri aku hoho. Nilah masanya untuk masuk bakul angkat sendiri? Haha. I am the type of people who like to create things. I would love to challenge myself to create more complex things, ie the buildings. I believe architecture have the power to change the nation blabla better malaysia. (Haha bila fikir balik exaggerate gila jawapan)

Why UiTM in the first place?
Who doesnt know UiTM in leading our architecture industry?

What other course do you apply?
I chose architecture in all eight options hehe.

Why not UIA?
I have my own reason takleh cakap kuat2 lol but mainly its because UIA isnt that good in term of practicalities, thats what my seniors told me tho.

Whats your second option?
UTM.
Then why not UTM?
Atm UTM doesnt provide architecture course for fresh spm leaver unless you have a diploma first. But the thing is the course is perancangan bandar dan wilayah. Bukan architecture.

You've been telling a lot about architecture all along, as if you really know what architecture is, Tell me what is architecture really. (Ambik kau, pedas ayat)
Nasib baik Baiti ada share makna architecture tadi hoho. To me architecture is a form of art in a more serious manner, engaged with technologies and science blabla. Its not just about creating buildings, but its about creating space that people enjoy. Sebabnya to make people happy is vital.

So, you are from smka maahad hamidiah? Why you didn't further your studies in islamic field, ie syariah?
You cant expect everyone from religious school to attend syariah courses? Bla bla. Everyone have their own responsibilities. God put us in our own unique paths. So I think this is it, my path. (I shud have mention fard kifayah but I cant recalled the phrase at that time)

So you think base on your knowledge from this maahad, you can apply the knowledge in archi then? (Aku tak ingat dah soalan dia macammana exactly, tapi lebih kurang ah)
(Aku dah start rasa cuak sikit dah time ni sebab ingatkan dia test soalan agama pulak) Well the fact that religion is something unseparable from everything we do, therefore this issue shouldnt be such a problem. We can relate anything into religions, we can relate religions with anything. But at least the idea of propagating the religion more into architecture is here though. (Menjawab ke ni entahlah.)

How do you sketch this things? Design sendiri ke. (Pointing to an old museum in my sketchbook)
Ahhh. Hehe internet of course. 

Is there any particular building you want to tell us?
(Time ni otak dah mula serabut.) Locally or internationally? Hmmm theres too many building to talk about. (Stuck jap) Well the most famous hotel in the world, I guess everyone know it by now, but anyway, its one of my favourites. Burj Al Arab. The only 7star hotel blabla. (Tulah saja2 baca semalam, terkeluar yang tu pulak. padahal yang dah preparenya nak cakap pasal menara pucuk rebung dengan tabung haji tu saja simple.)

What do you think of marina bay?
(OMG APE TUUUUUU) Er the one in singapore right?

Nodded.
(OMGGGGG STRIKE. Aku tak ingat sangat, tapi samar-samar.) Ah its awesome, specatular, stand out from the rest. Tiba-tiba aku cakap pasal Malaysia pun boleh buat benda yang sama bla bla bla.

Orang tanya pasal singapore dia cakap pasal malaysia.
(Ehhh ulfah2 asal ko banyak sangat cakap. Aku takut sikit aku terlebih cakap interviewer yang second tu psycho sikit. Tapi overall dua-dua baik peramah saje)

Have you ever been there?
Nope. Seen the photos only. (Logo eden soalan marina bay dah habis haha.)

Yeah thats all, my interview ended and I was beaming like hell hahahaha. Ive done my best. Tunggu sajalah resultnya. It was joyful enough but everything is in His will. *Eh aku tulis sekali jawapan aku hha.

Bayangkan pukul 8 menunggu sampai pukul 4. Pergh heaven ke.


So seandainya aku diberi peluang untuk ditemuduga untuk ini lagi (aka tips untuk orang lain):

-Datang awal! OMG kalau aku tahu seramai ini umat manusia yang akan datang interview pukul 8.30 ni, aku datang pukul 7. Senang. Tengahari dah boleh habis dah. Silap-silap pukul 10 pun dia dah selesai.

-Pastikan salinan dokumen disahkan. Ramai parents kehulu-hilir nak dapatkan pengesahan tadi. Last2 sebab ramai sangat takde pengesahan, diorang pun terima jela kali ni.

-Pensel dan pemadam dalam genggaman. just jangan tercicir hoho.

-Buatlah shading dengan highlight time ujian lukisan. Pihak UiTM tak suruh pun. Tapi ada segelintir orang siap cepat sangat, plus takde dua benda tu. Baru dua puluh minit dah lepak. Jeles pulak orang sebelah nanti tengok korang awal sangat siap. Macam kes aku.

-Bawak buku semaikan amalan membaca atau anything untuk mengelakkan kebosanan tahap dewa.

-Research pasal archi. obviously ada markah untuk pengetahuan kursus, pengetahuan am, dan pengetahuan seni bina.

-Senyum! sebab senyum ni berjangkit. ada virus positif. confirm interviewer korang akan senyum kalau kau senyum gak, kalau tak nampak dia senyum, dia senyum dalam hati la tu ;)

-Kalau boleh buat design portfolio yang gempak. *Macam baiti sebab lukisan dia gempak gillalos, interviewer dia tanya tiga soalan saja (safe tenaga masa dan air liur) dan kasik markah seratus beserta komen 'very high recommendation' daebaakkk. Bagai bulan jatuh ke riba. Seronoklah baiti, aku tak dapat nak usha markah aku dia sorok T_T

-Jangan lupa tawakkal kepada tak lain tak bukan.


Ada rezeki Allah dimana-mana.
Jumpa lagi. Dah tu je. Sekian.

Sekarang apa kata korang senyum kat random stranger yangkorang jumpa pasni.
Sama gender la selamat sikit.
Dan tengok respon dia.

Ah, heaven.


*p/s: Result dah keluar. Alhamdulillah aku dapat dekat UiTM Seri Iskandar. Tetapi masuknya bulan 9 nanti. Hah nampak tak betapa lambaaaaaaaaaaaatnya masuk nak tunggu budak2 lain. Boleh tidoq empat bulan ni. Hehe.

Tuesday, April 23, 2013

mahrajan kawad kaki

Assalamualaikum. Bertitik tolak dari post ini. I did came to maahad yesterday. I don't know what other people think about the open day. But personally the only x factor was the people. My god I love everyone (tears)  too bad dapat jumpa sekejap sangat. Not that I said it was boring, but at least I'm being honest. Btw I gonna write the down side of it. If you dont bother to read it so dont.

It would be much more exciting, much more meaningful if it was properly planned. Ironinya ramai mengadu terlalu semput bernafas 7 hari seminggu terlalu kerap. Even so, what if you gather your strength and focus on what you do best?

Yang penting perancangannya. Tak kisahlah apa program pun. Bukan apa aku tak tahan tengok orang macam melepaskan batuk di tangga. Aku tak taula peribahasa mana yang serasi dengan pendapat aku ni. Banyak sangat program tapi kurang keberhasilannya. Takpun, jack of all trades, master of none. Maksud aku, at least kite kena la tahu kenapa kita buat benda tu, bersebab la sikit. Bukan sekadar buat kasik pack jadual.

I came on Sunday, the last day, by the time the organizers seemed pretty exhausted. Ada gerai yang dah bungkus dah pun. Boleh tahan banyak aktiviti yang berlansung. Aku tengok dari jauh pun dah semput.

Rumah hantu ada juga. Cliche dah rumah hantu kat event macam ni. But people go for it, sebab  ni sekolah agama kot, teringin jugak nak tengok macamana version rumah hantu islamik. Hoho. But now that people already how scary la sangat it is, apa kata tahun depan kita buat something rare. Tak perlu terikut orang lain. Most some people look forward to come and see how differ a sekolah agama is. Or is it just the same as other school? 

So use this chance to show it to everyone. Apatah lagi hari terbuka ni sesiapa random stranger je boleh datang. You have no idea how the people who came to this open day is really various. Mungkin ada mak seri dato datin menteri or orang yang sangat menyanjung maahad, who knows. Yang penting semua orang ada impression tersendiri. And this kind of event is one of the proves to give them the answer. If you wanna break the social stigma, here's the opportunity. So plan it the way how you want other people think about maahad.

Apa perlunya bilik pengantin? Adakah sangat penting sampai ada tiga lagi? Meskipun tujuan dia untuk kutip dana, student jugak yang keluarkan duit sendiri untuk buat bilik tu. Who knows how much, aku bersimpati sebab semua ni tak tercatit dalam buku tiga lima. Aku pernah merasa betapa hibanya rasa terpaksa mengorek duit sendiri kerana tiada bajet diberi. Better yet, sila elakkan pembaziran wang. Maka, adalah seronok jika fokus pada satu bilik yang orang akan datang dan jayakan. Buatlah future dorm tahun 2053 ke, bilik idamanku ke, or etc. as long as the student can feel they're linked to it. 

And maybe after, this the empty bare field next to the marching site can also be used for the booths. Booth tu boleh divariasikan lagi. Kalau sorang jual ayam jangan semua jual ayam gamaknya. Seronok juga kalau ada game. Anything, yang boleh diislamisasikan pun gempak. Yeah kalau panggil alumni yang dah giat ada label sendiri, mantap. Bila buat kat padang tepi tu I think more people can watch the marching going on. Paling penting, nampak more lively sikit dekat dataran pengetua tu.

But on the up side, the idea of this open day is so brilliant. What with the movies night, the qasidah and all. Bunyinya je dah best sangat, tinggal nak buat betul-betul kasik impak je. No doubt many people were happy to regain connections from those they've long missed. Me too, am happy! And as to students, I bet they learnt a lot of skill of entrepreneurship. And the school gained some more profits obviously, with that maka tercapailah misinya. Kalau niat nak belajar memang banyak sangat yang boleh dapat.

Aku nak selit sikit, sensitif pulak aku bila tengok orang menangis lepas kawad tu. Lepas dia umum keputusan tu pulak, ada pulak sorang adik krs menangis kat aku sebab katanya, 'sorry akak, Krs dapat no 4 je.' 'Bila Krs nak menang asyik kat bawah je.' Sentap aku dengar. I really have no idea how much serious they  take this kawad matter. No worries no tears adik. If we want to rise to the top then we have to crawl out right from this bottom. InsyaAllah kalau awak betul-betul nak, Allah akan kasi, the moment will come.

I'm writing this in the hope adik-adik can see the room of improvement. Banyak lagi benda yang boleh diperbaiki, its a good job tho! Things are getting better. Exam pula menanti.

And here's some notable conversation throughout the day, I dont bother to put their name. Even the letters are completely random.

A: Wow, sampai tiga hari ek open day? (I ask this to almost everyone saja nak tengok reaction)
B: Nak buat macamana kak, terpaksa.

(Eh terpaksa tiga hari? Say who? )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

C: Tapi kenapa bilik pengantin?
D: Entah. Cikgu yang suruh. Kitorang buat je.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

F(orm one): Akak, saya tengok banyak muka akak dalam mustaqim tahun lepas. Akak ni apa sebenarnya?
G: Apa awak fikir? Akak manusia jugak la.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

J: Malam semalam event apa?
K: Qasidah.
J: Cool gila.
K: Alah tak de pape pun. Ada budak kecik je ramai.
J: Tak de pape?
K: Tak de pape pun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

L: Kenapa sekarang pasang al-Quran pulak?
M: Dah lepas azan kak.
L: (Oh begitu)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

See. Something is wrong here.
In need to mend that.
We all, indeed.
Need to realize what is wrong.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

And hah, sekarang part gambar pula. Maaf tak mampu nak upload kat fb kamera aku banyak gambar orang nanti attractive sangat haha.

Nadrah dengan Endang. Sweet tak? Sweet kan? Tak kira. Sweet jugak.

Nadrah dengan Mustaqim. Eh.

 Wa tengah seronok main. Aku tak nak komen pape.

Cua. Pronounce as chu-a. Haha saje letak caption nama.

Pah dengan Eeeee. Terharu aku. Daripada form one kot.

Best booth ni. Untunglah ada mimi dengan Farhah. Budak ni dah power berbusiness.

Cici pula. Obviously sebelah tu aku. 






































Syafiqah and Atie. Gambar ni diambil atas dasar kononnya aku tak pernah ambik gambar diorang. KFine --'
Nawhen and madi.


































Aku sedih sikit sebab tak dapat cakap lansung dengan diorang ni. My sister took this photo btw thats why.

Eh semua senior ni dulu KPO okay. bukan kpop.



Elok-elok nama sedap orang panggil aton, tapi namanya makin parah. Pitek.


Wahida, Syakeyra cewah dengan Suraya. Pelik ke aku sebut nama sorang-sorang as caption? Aku dah tak ingat nama baju hijau tu tapi.



Merekalah kawan paling baik aku. Tak usah ditulis namanya, aku akan ingat sampai bila-bila

 Best kan.




Adik kecil itu menarik perhatian aku.

KK terbaik semestinya.


Tahniah BOM! ba.  Nak tau nombor berapa tengok gambar bawah.
































Nadrah pink. Ana biru pink. Aku biru hohoho. Matching tak? Haha nak jugak bermatching-matchingan.


Dah habis. Ada lagi gambar tapi dah lewat sangat ni. So terpaksalah setakat ini.



X: So kesimpulannya, budak maahad pakai tudung labuh waktu sekolah je?
Y:  (erk)....

Pergh ke situ pula kesimpulan dia. Nak buat macam mana. Lain orang, lain kesimpulannya.

Janji, gunalah akal kamu untuk berfikir.