Assalamualaikum :))
Tajuk menggambarkan mood hari ini.
Tadi tengahari saya pegi rumah Ajie. Eh sekejap! sejak bila aku guna saya? Takpelah bunyik lebih baik sikit bukan? Sebab sambut birthday rakan-rakan saya ; Ajie, Timah dengan Bisya yang akan tiba lagi beberapa hari ni.. Mak aiihhh rumah die besar! Budak-budak ramai. So tak sunyi sgt tempat tu. Ye laa kan rumah-rumah besar ni biasanya sunyi sepi gila. Tapi ramai gak yang tak dapat datang ada hal. Hurmmm, kalau ramai mesti pergh lagi meriah kan.
Nak sampai belit-belit jugaklah, ehm kali pertama. Seumur hidup mana penah pegi BTHO. Masa saya sampai - tengahari - yang ada semua tengah menternak lemak. =.=" ok. makan tu wajib woo. Macam tak tau pulak. main dish ada nasi lemak, mihun & ais kacang dan kek semestinya. Overall , dalam tempoh tiga jam saya disitu, cuba bayangkan tiga kali makan berat. Ya rabbi ni memang menternak lemak habis lah. Makan, main, makan, main, solat, makan, main , saya balik diorang sambung main. Tsk tsk macamanalah boleh kebal perut hari ni. Nak kata tak segan ke, memanglah tak segan dah kita ni . . . ehem budak asrama . . . macam la tak biasa. Kan ni hobi kita kan, menternak lemak kankan? -______________________-"
Bercakap pasal rumah Ajie tu, bukan sekadar rumah besar tapi rumah tu jugak selalu buat aktiviti2 agama macam taklim ke etc. Saya terimbau kenangan semasa kecik di kampung sewaktu ada kuliah. Semua pendengarnya adalah perempuan dan penceramahnya dihijabkan dengan kain papan pemisah. Maka wajahnya tidak kelihatan sebaliknya hanya suara ceramahnya sahaja kedengaran. Saya duduk bersama makcik2 dekat situ disebabkan pelik dan rasa ingin tahu yang menebal kenapa orang lelaki tu bercakap tapi ditutup dengan kain? Kesimpulan yang saya nak cakap, dah lama tak nampak orang buat kuliah kat rumah cemtu. So lepas ni kalau anda ada rumah besar anda kena teruskan buat aktiviti-aktivit begini di ruang tamu anda yang luas gila. Kan bermanfaat.
Maka terima kasih daun keladi, Ajie & The Geng! Lepas ni buat la lagi saya sudi datang lagi.

*Maafkan saya kerana gambar-gambar tadi gagal diupload! Blogger selalu buat hal! Tsk tsk sedih betul.
Tak percaya? Nah tengok gambar ni hitammmmmm je isk.
No comments:
Post a Comment