Sunday, March 25, 2012

Masakan air berkocak kalau tiada buaya

Seronoknya tengok gambar ni. Tiba-tiba kita rasa sejuk. (n__n)

Ujian adalah tarbiyyah dari Tuhan. Apalah sangat sekali sekala Allah menarik nikmat air di bumi maahad buat seketika ini. 

Saja nak tengok reaksi kita. Faham-fahamlah sekalipun dah kluster tak semuanya boleh perfect. Orang tua-tua selalu cakap takde air ni dah biasa. Tapi sayangnya ada antara kita ni gelabah sangat ya rabbi, macam takde air tu boleh mati je. Ada jugak yang kemain happy kalau takde air, apa lagi ambik kesempatan ni boleh ah enjoy kat rumah member. Terlampau happy sampai dia lupa ada cikgu-cikgu yang berumah kat maahad ni. Ada jugak yang mengeluh bila dah ada air, maknanya tak boleh balik la ni. Terpaksa tinggal kat asrama. --" Macam-macam fe'el. Normal. Some people feel the rain, some just get wet. Tapi jangan sampai kita menyusahkan orang lain. Maaf cikgu terpaksa layan kerenah manja kitorang ni. Tsktsk.

Teringat pulak satu kisah ni,
Pak cik X  : Eh awak daripada sekolah mana ek?
Budak Y   : Saya, er, Maahad Hamidiah Kajang.
Pak cik X  : Ohhh!! Sekolah tu!!
Budak X   : (Ehhehh agak dah. Pak cik tu mesti tau. Segan)  *Tak tau nak balas apa . . .
Sekali . . . 
Pak cik X : . . . Sekolah yang terkenal takde air tu kan??

Hahah opss. Malunya. Kan dah terkena. Tulah dia . . Bila Allah tarik, barulah kita terasa betapa berharganya setitis air yang ada tu. Bak kata teacher rashidah, there's a blessing in it. Semua ni akan menjadi kenangan. Susah senang dikongsi bersama. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Ingat tak, 31 kali Allah tanya, " Nikmat apa yang kamu dustakan? "

Dan ingatlah bagi kita segala yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya hambaNya yang tidak punyai apa-apa. Manusia memang selalunya mengabaikan nikmat yang 'ada'. Normal bagi manusia tidak menyedari nikmat yang ada hinggalah nikmat itu ditarik oleh Allah.

So whatever it is jangan lupa 
 untuk ucapkan kalimah
 ALHAMDULILLAH.




*p/s: Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Surah Ibrahim: 7) Allah itu penentu segala-galanya.


*pp/s: See you soon!

1 comment:

nadialadzim said...

Dulu saya selalu merungut. Kenapa hujan turun? Lebih2 lagi rungutan saya bila rancangan ke mana2 terpaksa dibatalkan. Sampai lah tahun lepas. Musim panas dtg. Hujan tak turun. Air empangan makin surut. Kerajaan catu air. Nak mandi susah. Nak masak susah. Nak beribadah pun susah. rumah jadi kotor. Badan jadi lekit. Semua sebab kena jimat air. Masa tu duduk bujang. duduk ramai2. Air sgt2 terhad. Sekarang ni bila hujan, saya sgt bersyukur. Walau saya basah di timpa hujan. Biar saya rumah saya becak lecak dek tempias hujan. Saya bersyukur. Kerana hujan itu rezeki dari Allah. Hujan itu satu nikmat. Hujan itu rahmat. Allah Maha Besar.