Monday, September 16, 2013

sekolah orang asli bukit tadom lagi

Assalamualaikum. Kat bawah ni dulu pernah gua ceritakan mengenai adik-adik kesayangan bukit tadom. Dah jadi kesayangan siap padahal baru sesaat jumpe wakakaka.

Maka minggu lepas diorang upsr. Kacau darjah enam sekejap je. Yang darjah enamnya kudus-kudus belaka. Bila tanya tak tahu pun lepas ni paper apa. Masuklah kelas darjah empat. Nak tarik perhatian diorang punya pasal kita buat kelas seni hoho. Teruk betul cikgu tak bertauliah ni main conteng whiteboard orang. Pasal diorang mintak aku lukis lawan sorang budak nama Aisyah ni. Lukisan dia lawaaaaa.

 Budak pengakap yang pakai tudung tu la aisyahnya.
Suruh diorang lukis kite yang jadi mangsa. Banyak lukisan kat atas ni alia my mate yang lukis. Dah macam buat free commission pulak. Diorang ni banyak gila tanya. Panggil kitorang pulak cikgu. Standard ah kan budak-budak. Entah macam-macam soalan keluar 'cikgu tak rimas ke pakai tudung' 'dekat tempat cikgu ada TV tak' 'kenapa cikgu nak pegi tempat orang putih'. Sebenaranya time ni waktu bm tapi cikgu dia pun tengok murid-murid dia semangat gila main lukis-lukis cikgunya pass baton kat kitorang. Diorang ni bertukar 180 kalau masuk bab belajar.

Tapi best ah. Nampak tak muka eksaited aku tu haha.
Ok karang sambung lagi.
Salam.

2 comments:

Kakzakie said...

Ulfa praktical di sana ke apa? Nampak ceria bebudak tu semua..

Ulfa Ady said...

Bukan practical auntie... Ni macam projek wajib student college.