Ahahhh.
Hari ni Rabu.
Semalam Selasa.
Semalamnya lagi Isnin.
Sebelum tu Ahad.
Sebelum tu Sabtu dan hari semalamnya Jumaat.
Ha'ah, hari Jumaat aku sekolah macam biasa lagi. Petangnya program Daurah Ilmiah bermula. Lepas habis kelas, aku dengan Ira huyun beg dan segala macam barang, ramai-ramai pindah blok asrama KL dan tinggalkan MN kosong macam rumah hantu terbiar. Okeh, senang cerita, program tu macam seronok juga la. Hahah Syaima, aku tak kisah kau nak santau aku cakap macam ni. Otak aku ada persepsi sendiri. :))
Kelas pun taklah bosan mana, sebab iklim sekolah masa tu macam aman sikit. Hahahh mana taknya cuma ada pelajar Tingkatan Tiga dengan Lima je, itupun diorang belajar kat blok pengajian tinggi yang jauh kat dunia lain.
Hari Sabtu, kelas berjalan hampir-hampir macam biasa cuma ada Farahain, budak dari SMKA Inanam, Sabah. Sekolah ni pengetua dia dulu kalau tak silap Uztazah Esah Rabiah, kira macam makcik yang kira aku boleh kenal sebab rakan sepejabat ayah aku yang kira macam rapat jugak lah. Hmmm...
Subjek paling best, Geografi! Selama 15 tahun aku hidup aku tak pernah suka subjek ni, tak pernah buat latihan sebab tak pernah minat, senang cerita aku tak tahu kenapa boleh orang minat Geo!~ Tapi kelas hari Ahad tu dah buat aku mula cinta pada Geo! OhohohO~ Cikgu Shamsiah punya penangan, aku segar dalam kelas! Tapi aku tak tahu la effect dia bertahan berapa lama..
Aku duduk kat dorm yang agak terasing, sebab satu-satunya dorm aras tu hanyalah dorm tu. Okay, takpe. Mula-mula, aku cuba redha dulu. Dan akhirnya aku rasa okey bersyukurlah dapat duduk situ, hahahh. Dengan akak-akak yang sporting gila, aku dapat pengalaman baru. Serius sebelum ni aku fikir diorang ni macam evil sikit. Hoho, ampun kak! Aku akan ingat dia panggil aku 'Ola' atau entah apa nama lagi dan plastik sampah! :)) Sayang betul kiteorang cuma berkampung 3 malam...
Okay, program teknik belajar yang tetiba ditukar jadi program muhasabah diri tu pun best. Seronok sebab dah lama takde program macam tu, kan baguih kalau mahaad bagi kesedaran camtuh selalu... Barulah hangpa beringat kita nih pelajar SMK*A~~
Okeh. Aku nak bagi lampu merah...
Megi takkan kembang melainkan airnya cukup panas.
Dan ada hikmah terselindung di sebalik semua kejadian.
Sekian.
*Daurah Ilmiyah = Perkampungan Ilmu