Wednesday, August 12, 2009

future.

(pos kali ini ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, jadi maaflah kerana bahasanya terasa janggal sedikit.)


saat berlalu menjadi minit, dan beganti jam. Sedar tak sedar, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun, dan rupa-rupanya sudah 14 tahun saya menetap di bumi ini!

Dan sepanjang tempoh itu, banyak benda baru yang saya pelajari hari demi hari. Dan semua itu-lah yang menetapkan saya untuk terus teguh berdiri untuk hidup, kerana memang saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang berguna kelak, baik di dunia mahupun akhirat nanti.

Dalam proses ini, ada banyak perkara yang begitu mengagumkan saya. Faisal Tehrani misalnya,beliau saya kira merupakan seorang penulis yang begitu berfikiran luas dan imaginatif, juga merupakan Penerima Anugerah Seni Negara 2006. Pernah beberapa kali saya bertemu Faisal secara lansung, yang terbaru di Pesta Buku PWTC. Personalitinya sahaja sudah menceitakan, bahawa dia mempunyai minda luarbiasa yang lansung berbeza degan masyarakat sekelilingnya, dan saya anggar, perihal agama juga tidak pernah ditinggalkannya. Dan perkara sebeginilah yang membuatkan saya amat menghormati penulis seperti beliau di abad ini. Membaca hasil karyanya sahaja mampu membuatkan saya pening kepala. Namun saya tahu, ia membawa sejuta makna tersirat yang adakalanya kita lansung tidak pernah terfikir!

Ramai, begitu ramai manusia era ini yang sudah terleka ke alam hiburan tanpa destinasi entah ke mana. Jadi, saya percaya; Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya melawan arus. Tapi bukan maksudnya menongkah arus untuk bersama ajaran-ajaran sesat dan ikutan negatif sebegitu rupa, hish.. bukan! Manusia golongan berjaya ini tidak terikut-ikut dengan trend semasa yang semakin menyesatkan dan menjauhkan diri kita dengan Allah, ya tak? (eheh, hampir terikut gaya Dr. HM Tuah. sebab banyak baca buku dia. Bahaya nih!)

Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zuhud di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '


Ha'ah. Rasulullah sendiri pernah bersabda tentang orang yang tidak keduniaan nih, ataupun golongan zuhud ni.
Betapa beruntungnya kita kalau kita jadi ahli zuhud tu~

Ok, Andrea Hirata, penulis buku, dari seberang, beliau juga saya kagumi. Pertama kali saya membaca karyanya, Laskar Pelangi, saya sudah meminati hasil tangannya.Sebenarnya, saya baru sekali baca karya Andre Hirata ni, jadi saya boleh komen buku yang saya baca tu je lah. Dalam Laskar Pelangi ni, saya tersenyum dengan moto sekolah novel tu, SD Muhammadiyah, yang berbunyi: Ammar Ma'ruf Nahi Munkar. Dalam novel tu, moto inilah yang menjadi pegangan hidup mereka sekaligus saya turut merasa betapa Islam itu sudah tersemat di hati mereka. Saya kagum, bagaimana cara beliau menitipkan dakwah secara bersahaja ke dalam penulisannya yang begitu santai dan lansung menghiburkan. Ya Allah, betapa ramainya manusia kat dunia ni yang begitu berfikiran luar biasa hebat (pinjam ayat DR!) macam penulis-penulis buku ni! Tapi alangkah bagusnya lagi, kalau remaja kat luar tuh, (yang asyik berdating, bergigs, berjamming,mlepak, mrokok dll.) ambil input sikit daripada puluhan ibu buku berfaedah kat dunia ni. Sekurang-kurangnya mereka buat sesuatu yang berfaedah juga. Tak pe, doakanlah, budak-budak Melayu ni akan berubah satu masa nanti.

Betul, sebab manusia memang boleh berubah dalam sepantas kilat. Tapi, tak semua. Dan saya tahu, rasanya dah banyaksangat komen, teguran, nasihat, kritikan, kutukan, malah kejian pun ada yang dah ditujukan untuk kami setingkatan , dan ramai yang bertambah marah, bila kami terus-terusan buat hal. Cuba kita fikir. manusia tak boleh tiba-tiba berubah jadi alim dalam sesaat, mana boleh jadi baik dalam sekelip mata. Tapi. dengan izin Allah, kalau semua doakan yang terbaik, dan istiqamah bg nasihat yg elok, insyaAllah, kami boleh berubah.. kankan?

Pernah satu ketika ni, saya sertai halaqah ni. Waktu tu tengah malam, pukul1/2 saya tak ingat, lokasinya di dataran asrama. Kami berbicara mengenai umat akhir zaman, tentang batch, sampailah tentang diri kami sendiri. Sampaikan kami mengalirkan air mata. Dan alangkah bagusnya, kalau semua harapan tu jadi kenyataan! :'0

Hee, saya dah menyimpang dari cerita awal tadi, dah jauh sangat ni. Apa-apapun, sebenarnya kami dalam proses, hhee. Yang penting janganlah mengata kami ye, kritikan yang membina boleh la ye~ha, dan janganlah beri kutukan sebab sememangnya kutukan itu membunuh!

No comments: