Tuesday, August 25, 2009

kaki ku ke KL lagi!

Kaki Ku Ke KL Lagi!~



















Seawal jam 7 pagi, kami sudah tiba di LRT Star Bukit Jalil.
Dan kami tiba di destinasi kami, Masjid Jamek!
Tapi, disebabkan kedai tak bukak lagi, so kami smabung jalan lagi,
naik LRT Putra, sampai KLCC....

Bila tiba je kat KLCC, pergh... Bau makanan serta-merta menusuk hidungku dari segenap sudut.
Ish! Tak boleh jadi ni! Lalu aku pun segera menekap mukaku ala-ala memakai mask (mesti ramai ingat aku buat cenggini sebab wabak tu, tapi hehehehe, hakikatnya tidaaaakkkk!!!)
















Di KLCC:
  • Kami jalan sampai hujung, nak pergi pesta buku kononnya. (Mak kata buku popular Melayu di situ ada hampir 49%, dan selebihnya buku Cina...)
  • Tapi sayang 1000x sayang, jam baru menunjukkan pukul 9 pagi.
  • Kami duduk di Taman KLCC. Nasib baik aku bawa buku novel yang berjudul The Graveyard Book, jadi aku pun bacalah buku tu tepi kolam. (Tapi tak berapa khusyu' sebab ada pekerja KLCC ala-ala makcik Nisda Teguh tu tengah bersihkan kolam.. ) Diorang pun keluarkan buku diorang gak..
  • Disebabkan mak aku kebosanan, dia ajak jejalan sekitar KLCC..
  • Tak jadi pergi Pesta Buku (sebab bosan tungggu buka pukul 10), kami beralih destinasi ke Galeri Petronas nun di tingkat tiga tuh.
Jadi macam tulah ceritanya, sebaik Galeri tu buka je, kiteorang terus masuk.. Mendaftar. Sekarang, Aku hasut korang 'Pergilah Galeri Petronas tuh!!~' Hehe, a brief disc. bout that Gallery:

             CHANGING PHASES
Meraikan sejarah moden Malaysia menerusi karya tampak himpunan Seni Petronas 
07.08.2009-18.09.2009
Berakhirnya zaman kegemilangan kolonial British 1957 telah  mendorong para pelukis memperkasakan bentuk seni mereka. Dari kalangan angkatan peukis pasca merdeka yang berpendidikan seni formal dari Barat, ramai mendambakan lalu sedang mencari referensi identiti masing-masing.
Begitulah bermulanya bagai.mana Latiff Mohidin yang berpendidikan dari Jerman mengkaji warisan Asia Tenggaranya, di mana beliau mengupas dongengan juga untuk khalayak kini mengenali wilayah yang dahulunya di kenal rapat.
Menerusi Karya Siri Fornasi, Joseph Tan mengimbangi rangka estetika yang mana seni kontemporari Malaysia berkembang. Manakala Khoo Sui Hoe yang berpendidikan dari Akademi Seni Nanyang, Singapura telah menggabungka dua bentuk iaitu landskap dan figura, di mana ia menyerlahkan nilai intrinsik manusia dengan alam yang membolehkan Khoo Sui Hoe menyepadukan kedua subjeknya dalam bentuk komposisi yang hingga kini masih relevan.
 Mad Anuar pula, sebagai pengukir yang berjati-diri Melayu membolehkan beliau menninjau nilai seni budayanya. Semangat yang berbaur dengan kejiwaan saling berkaitan dengan perkembangan masyarakat moden. Di peringkat yang lai pula, pelukis seperti Choong Kam Kaw kembali melihat usu-asal kecinaanya.

Untuk memperluaskan lagi perhubungannya dengan pusaka warisan, Awang Damit telah melibatkan dirinya dalam ekspresionisme abstrak serta mengaitkan nilai Islam dalam pengkaryaanya.
Walaupun perlambangan Islam telah diterap dalam ekspresi-ekspresi kontemporari, namun Zulkifli Yusof dan Jailani Abu Hasan lebih memperluaskan observasi masing-masing mengenai nilai dan amalan seharian.
Teknologi menjana dunia tanpa sekatan dan pengaliran informasi yang berterusan telah membuka ruang dan pengungkapan seni yang baru, sapertimana karya Roslisham Ismail dan Simry Gill. Dengan kosa kata artistik berbeza berkemungkinan karya Yau Bee Ling dan Ivan Lam membicarakan keresah-gelisahan tentang fenomena gelora dunia yang dihadapi masyarakat kini.
Sememangnya kebangkitan nilai tradisi dan kenangan masa lalu telah menyerlahkan makna baru mengenai semngat kebangsaan. Justeru pameran ini menutarakan kewujudan falsafah serta pengalaman sosial yang saling berkait rapat lagi sejajar di samping memaparkan pengalaman kolektif rakyat Malaysia. Sekian,


Hehe, jadi habis bercerita mengenai itu.
Jadi, anda mesti tahu, inilah item wajib setiap kali kami pergi KualaLumpur:
1.  Pergi KLCC, oh Galeri Petronas, IMU!
2.  Paling best, beli macam-macam barang seni kat Kedai Galeri Petronas.
2.  Pergi kedai-kedai KLCC uh, beli laahh bende pape.
3.  Pergi beli baju kat satu kedai kat Jalan TAR yang bagi plastik warna merah tulis OSKA.

Hehe, again, for my trip this time, we still doin' that routine.. What I do found interesting there is, Malaysia
got sooo many races huh? baru perasan. Mamat with the punk hair, botak hair, blonde hair, pergh... & minah also got theirs; long hair,messy hair, short hair, helmet type one, & others with hijab; style yuna, waheeda wardina, style ekin, tudung labuh, tudung iran dua lapis, lilit, bidang 40, 50, 60... etc..dll.. Pergh, there's too many! Yet, I found that KLCC isnt like Malaysia itself. Different, I feel like I'm in overseas!!!!! Ohohoho~
OK, continue... Masa kami jalan-jalan kat Jalan TAR tuh, pergh! Memang penat, rasa cam kaki nak tercabbooot!!
Tapi tak pe, umat Islam sepatutnya kuat, & sememangnya kuat! Jadi kami teruskan berjalan.

Dalam perjalanan balik, huh, aku nampak orang tak puasa, dalam satu restoran Melayu (sepatutnya restoran tuh tutup, tapi entah nape dia buka lak!). Kecewa~! Dahlah laki yang makan terang-terangan tuh pakai kopiah. Astaghfirullah, entahlah.. Mungkin dia musafir agaknya.
Pukul 3, aku sampai rumah. Syukur alHamdulilah~~

No comments: