Tuesday, December 21, 2010

Sambil Aku Kerja Sambilan,

Bismillah.

Aku tak pandai nak bercerita. Aku tak ada skill. Tapi ini pengalaman; dan berharga. Once In A Lifetime mungkin? Siapa tahu kan. Jadi biar aku sambung dengan semberono . . .

Cuti-cuti macam ni aku tak tahulah apa korang buat - mesti ada yang belajar memandu, membaca, memasak, berenang ke main piano; gitar, biola atau sekian-sekian . Aku pun belajar juga , untuk bekerja. Eceh.

Kelmarin Kak Wani nak mesej-mesej dan aku tak dapat nak balas haritu so aku terus jawab 'I've got 2 work'. Hahahhh beggar betul. Sebenarnya abang aku ajak kerja jadi caterer sekejap. Jadi sekali dengan kakak aku dgn member dia dalam empat orang, kitorang gerak sampai ke destinasi dekat Sg. Tangkas kalau tak silap, dekat je dengan Sg. Ramal - dekat sekolah aku tu heh.

Kitorang menginap dekat asrama situ, sekali dengan pekerja-pekerja dia yang peramah - baik - segala lah. Mak Cik Towkey tu pun ramah dan sangat baik! ( Aku tak tahu nama dia tapi aku teka mesti mula dengan huruf B sebab syarikat dia nama ArBe, hehe . ) Lagi, tempat tu memang rasa aman betul. Belakangnya ada kebun sikit, belakang lagi kandang kambing, lepas tu railway KTM. Dari situ memang boleh tengok semua ni, serius, tenang gila rasa, aman je. Kalau KTM lalu memang berdesing ah telinga. Tapi tenang-tenang pun malam tu aku tak boleh nak lelap, sebab mata kebal ke, cuak ke apa entah lah lagi-lagi dengar suara budak-budak tingkat bawah. Memang tak boleh. Pukul 1++ pagi - sekali kakak yang sebilik dengan kitorang ni bangun bersiap untukk kerja, sedangkan dia baru balik kerja pukul 10! Terperanjat aku. Memang macam ni eh kerja? Berkorban untuk tidur yang sedikit dan bersengkang mata di awal pagi buta. Aduhai. Takut aku tengok. T_T Okay cukup.

Lepas tu, hari berikut , bersarapan dan ada sesi briefing oleh Mr. Towkey, Pak Cik Ramli ( kot ) . Hari tu ada 3 event , maka kami terpecah kepada tiga kelompok tu; satu di UKM, satu di Putrajaya dan satu di UNITEN. Kira maju syarikat catering ni. Hebat!

Aku dengan kakak dapat masjid UNITEN. Nabil pulak dekat Putrajaya. Kami bertolak dulu dan sampai je sana semuanya dah siap, sebab diorang dah setting semalam. Jadi pagi tu tak buat banyak benda, susun-susun meja sikit, pasang skirting, ( aku tak buat ni tapi usha lama-lama, nak tiru skill hehe ), bunga-bungaan, last touch-up and of course the food. Tiba-tiba dah nak tengahari sikit, datang segerombolan pasukan dari SMK Bandar Rinching, berpakaian macam kitorang cumanya seragam, dan tiba-tiba mula menghidang lauk-pauk di meja tetamu VIP. Aih, pelik ni. Ingatkan budak-budak sekolah yang nak buat choir , sengaja rajin tulang menolong, tapi lama-kelamaan diorang makin cocentrate pulak menolong, hesh okay, mungkin bukan menolong, bekerja.

Ye, lupa aku nak sertakan; gerombolan itu juga berbow tie. Maka automatik merekalah yang lebih smart. T_T
Rupanya betul la, mereka tu budak-budak yg akan praktikal di bahagian VIP. Diorang tanya itu-ini, ibarat aku caterer yang tahu semua! Heh, aku part-time juga, sama macam kau jugak sebenarnya.Terperanjat aku bila diorang cakap diorang tu Form Four as in Tingkatan Empat! Wah adik! Dah besar tu dik. Hahaahh, saje je bajet tua. Last-last aku mengaku jugak aku masih muda Form Three as in Tingkatan Tiga, so tak payahlah ber-akak2 lagi. Cukuplah, aku rimas ( dan geli hati ) faham? Oklah, biar lah cemtuh. Dan kerja pun terus berjalan. Hahaha, penat tak terkira lah nak tulis. Aku jaga kaunter depan, yang sangat hot dengan ribuan tetamu. Kaki ni terlampau lenguh dek asyik merefill, refill, refill dan refill lauks. Lagi, kalau lauk tu tumpah, lap. Kalau tisu nak habis, tambah.. Kalau sudu garfu sikit, ambil lagi, Fuuh. Kalau gelas kurang, letak lagi. Tulah kerjanya saaammmmpaaaaiiiiiii petang . . ( ´Д`)

Potpetpotpet. Pukul 4 kami mula mengemas. Meja-meja mula ditogelkan dan segala hiasan dilenyapkan sedikit demi sedikit. Dan yang paling mencabar . . . . menyapu! Aduhai mak cik! Memang kat sekolah saya tak pernah ditugaskan menyapu sebab kawan saya sendiri dah tahu saya menyapu pelik, sejujurnya saya tak pandai nak menyapu! Lagi-lagi di atas karpet, guna penyapu rumi pulak! Dugaan, dugaan. Nak suruh orang lain, segan pulak, dah yang part-time cuma kitorang berdua je ah perempuan lagi lain lelaki, lelaki angkat2 je, tak main sapu2 ni kan. Part menyapu nilah bagi aku paling mendera, tangan rasa kebas sangat tetapi terpaksa ku gagahkan jua. ヽ(`Д´)ノ

Tapi penat-penat pun,akhirnya aku mrasa sangat seronok.⊂二二二( ω)二⊃ Wehee. Pernah kau datang tempat kahwin orang sebelum makanan sampai? Pernah ke kau rasa panik gila tengok lauk nak habis bila pergi majlis kahwin tu? Pernah rasa orang tanya-tanya pasal majikan kau? Pasal catering kau kerja ni? Pernah rasa main lari-lari sambil angkat dulang semua ? Pernah kau jumpa pengetua masa tengah gelabah heret lauk ? Hehehe, malangnya aku tak tegur pengetua tu, disebabkan tugas di tangan. Bila aku letak je dulang tersebut, aku lihat bayang pengetua sudah hilang dari pandangan. Oh no!!!

Tapi . . . ahhh ... Pengalaman ini . . . Tidak mungkin kulupakan, haha. Dapat member-member baru . Dapat ilmu lagi. Ah, satu lagi; fulus atau korang kenal dengan label $$$. Adakah ia benar-benar seronok atau aku seorang yang terlampau eksaited ? Wallahualam.

Biarkanlah Si Tomoi dari Mr. Google ni bermain-main dulu.

Yo! Aku ternampak ni! Haha ibaratkan waiter tu sebagai caterer! ;DDD

Maafkan aku kerana entri ini terlampau panjang. Aku betul-betul penat.
Selamat ; )

2 comments:

Anonymous said...

Aslkm

Atok dah baca. Hehe menarik jugak. Terus menulis.

Madihah Adnan said...

Salam.

Yah pong dah bace. Huahua menarik kot. Jangan berenti menulis.