Monday, December 12, 2011

Fantasy, Reality And Whatever In Between


Gara-gara saya baru balik seharian di galeri seni so terberjangkit untuk bercakap pasal topik ni jugak. Kadang-kadang saya terasa jugak dah kalau ada orang cakap belakang. Sekalipun korang bercakap dalam hati korang saya boleh detect. Emotional tak. Muehehehe. Tapi nak buat macamana. We can do nothing but to keep it shut. Saya suka melukis. Walaupun saya tau tak lah hebat pun. Cuma sebab saya enjoy saya harap janganlah kata saya perasan pulak. My drawing is nothing but to appreciate by whoever who wanted to. Dah kalau tak suka, kan senyap lagi baik. 

Ni saya nak cerita ni. Panjang tau. Anyway button X ada kat atas. Dari kecik lagi saya suka melukis. Sebenarnya kan semua bebudak tu adalah artis, cuma bila dia membesar tu kebanyakan bebudak tu telah hilang bakat mereka akibat persekitaran yang tidak mendorong. Hahaha. Bahasa saya ni tak boleh nak sempoi sikit memang. Sorry la ek saya tak berbakat sangat dalam penulisan ni, masa kecik2 dulu boleh lah jugak. Pernah menang penulisan terbaik dalam aliran hehew. Aliran je pun. Kadang2 ada jugak cikgu suruh tulis tarikh dengan hari kat papan hitam hehe. 

Tapi apapun, sebenarnya saya tak pernah bercita-cita nak teruskan melukis sampai sekarang. sampai besar. sampai tua. Saya tak minat seni lukis sangat, dulu-dulu saya suka seni muzik! Sampai sanggup ambik kelas overtime lagi tau belajar muzik. Saya pernah lead mini orchestra sampai bergaduh-gaduh lagi masa darjah empat. Anyway, pengakuan satu, kerja seni saya tak pernah siap. Tanyelah mana-mana cikgu seni saya tak pernah cikgu puji saya sebab takkan pernah siapkan kena marah lagi adalah. Even kat maahad pun 2 X 5 je. Cuma beza sekarang time ujian seni  sebelum pmr dulu sempat siap hehe. Bukan saya nak bangga tak siap, tapi tak nak korang ulang tu je lah dah.

My starting point is when I'm in standard three. Starting point di sini adalah starting point saya dalam mengenal perkataan melukis, bukan bangga apa . Satu hari ni kakak & abang saya ngada-ngada buat kelas seni konon. Saya tak join sebab alasan sama, malas. Kalau tak salah saya diorang lukis Misha Omar ngan M. Nasir. Diorang buat petak-petak kat muka dua artis ni yang diorang jumpa dalam surat khabar tu pastu lukis potret diorang. So resultnye hmm cantiklah. Lepas tu saya mula jeles dan saya masuk bilik. Saya terus ambik buku #Innocent karya Ben lepas tu saya redraw balik heroin komik tu. Lepas siap satu saya redraw dua tiga kali balik tanpa rujukan.Dan bermula daripada situlah saya tetibe suke melukis orang walaupun sampai hari ni orang dia macam kaku je. Non realistic.Thanks Ben, really.

Anyway lets get straight to the point. Ada orang tanya saya bajet sangat suka seni ni kenapa. #Konon suka. Hmmm. Nak gelak pun ada. A'ah kan. Bajet betul saya ni.Eh tapi rileks aje, semua orang bajet dengan apa yang dia minat. So lumrah alam ape.

Memandangkan blog ni saya punya, biar saya cerita lagi. Jarang saya macam ni tau haha. Pengakuan dua, sebenarnya saya nak sangat mohon sekolah seni kat JB tu, tapi masa nak isi borang lepas tu mak saya cakap 'mama nak sekolah yang baca Yaasin setiap malam jumaat, bukannya yang menari menyanyi...' Maka saya fahamlah apa maksudnya. Tup tup saya dihantar ke sebuah sekolah agama berprestij di Kajang. Cewah berprestij. Seingat saya masa guru kelas darjah enam saya tanya ada sapa2 tak nak mohon masuk sekolah ni semua orang tak angkat tangan. Tapi akhirnya saya di sekolah tu! Woh! Adakah ini bermakna minat saya akan terhenti di situ??? 

Sekali jengjengjeng. Abah cakap "Sekolah ni hebat seni jugak apa, ada Mirwana." Saya tak ambik kisah apa tu Mirwana, tapi kfine ada jugak seni. And that calm me a bit. Sekali rupa-rupanya Mirwana tu team nasyid hahaha. Tet. Malu betul.Rupa-rupanya lagi saya dapat tau team tu adalah team lelaki sahaja. Tettt... Malu lagi.

Tapi tak lama lepas tu tetiba saya dipilih untuk mewakili sekolah main lukis poster masa form one. Saya pun pelik kenapa padahal saya punya takdelah hot mana. Rasanya sebab time ujian seni saya duduk tepi pintu belakang kelas 1 Ali. Hehe comel kan nama kelas 'Ali'. Kebetulan masa tu saya tengah fokus gile untuk kaler macam budak tadika conteng dinding so cikgu nampak ke-determination saya. So masa tu jugak cikgu panggil saya suruh isi borang pertandingan. Isk isk sebab cikgu kacau time tu saya tak sempat nak habiskan warna betul-betul mintak masa lebih tak dapat. Saya bersyukurla jugak tapi. 

Malangnya saya lansung tak amek inisiatif untuk memperbaiki bakat saya yang sekangkang kera ni sepanjang saya  membesar. So disebabkan bakat yang tak berapa nak di asah ni, saya tak pernah menang apa apa walau berapa banyak pertandingan yang saya masuk. Saya kurang belajar daripada pengalaman agaknya.

Jap. Menjawab soalan tadi tak? Macam tak hahaha. Panjang betul ek. Bangga karang cikgu bm baca. Anyway, tiba-tiba perjalanan saya di sekolah agama ini terus menerus ditemani dengan perkataan seni-seniman. Dari form one sampai sekarang, saya rela  dijadikan AJK Keceriaan, baik dorm mahupun kelas. Tak faham betul. 

Apapun, saya rasa bersyukur Alhamdulillah sebab Tuhan letak saya kat sekolah ni. Sekolah yang saya kurang hargai pada mulanya. Sekolah yang membuatkan saya suka seni. Korang amacam? Bersyukur tak dengan sekolah korang? Saya tau ada je yang sekadar pergi sekolah nak jumpa kawan tapi lepas tu kutuk sekolah die. Kesian betul, kena backstabbed. Sekali pun sekolah tu cuma bangunan konkrit tak berjasad, cuba lah korang hargai dia. Tanpa dia kat mana korang merempat nak belajar? 

Hmmm. Saya terus terfikir. Dakwah kan ada pelbagai cara. So kalau saya pilih untuk berdakwah melalui lukisan macamana? Saya teraspirasi daripada sorang member yang cukup bernas mengislamisasikan banyak benda. Especially bila saya termenang pertandingan Creative Art Award Toy Story masa form three, saya tengok peserta lain semua cina. Saya hormat, whatever it is. Tapi. You know what I mean right? I mean . . . why not? Walaupun dari sudut agama memang ada kontroversi mengenai lukisan, yang saya sendiri sangat pening kalau nak fikir, yang sebenarnya sampai sekarang saya tak ada jawapan untuk masa depan lukisan-lukisan saya yang tak seberapa ni.

But the thing is,

 why not?


2 comments:

EmberPen said...

melukis sangat menarik kan? satu cara lain untuk meluahkan mesej kepada orang.
indah dunia ciptaan Allah ni.

namasayaaku said...

Thats one of the why i really love them. ;)