Aku tak ingat bila kali pertama kitorang mula-mula sekali pergi pesta buku. Rasa macam sejak lahir lagi aku dah ke pwtc tu. Masa kecik rasa macam heaven itu adalah pesta buku. Woha overrrrrr sangat.
Tapi hakikatnya memang kitorang tak pernah miss pesta buku walaupun setahun. Sebab mak aku orang kuat librari kat rumah hoho.
Masa umur aku lima tahun koleksi kegemaran aku adalah siri hadi, siri salma dengan siri tingkatan satu sampai lima di seri melur. Sampai kalau mak suruh mandi atau panggil makan, aku akan menyorok bawah meja dan baca buku. Teruk gila perangai sampai tak nak mandi haha. Aku sangat susah keluar dari bawah meja tu mengakibatkan aku terpaksa bermata dua dua tahun berikutnya. Mana ada budak masa tu pakai spec darjah satu.
Aku ingat lagi spec tu lagi bulat dari harry potter punya. Haa ko bayangkanla. Aku malu sangat nak pakai. Masa first time pakai kena gelak dengan classmate satu lili, sekolah pandan indah. Masa aku tingkatan satu sekolah bandar kinrara pulak, time aku jumpa balik divagen classmate aku masa darjah satu, sekali dia bawak gambar aku time darjah satu dengan spec tu. Time tu pun kena gelak lagi. Pft semua ni buku punya pasal.
Tapi sayangnya entah kenapa aku dah stop ber-bookworming masa aku darjah lima.
Masa tingkatan empat pulak aku check mata, power aku dua ratus, kira maintain ah tu. Tapi sekali, beberapa bulan setelah peraturan light off di asrama dikuatkuasakan, aku check mata lagi di tingkatan lima, power aku dah empat ratos! Fish. Macamana power aku membiak ni.
Walaupun sepatutnya aku happy sebab sekarang aku ada superpower, lagi hebat dari you ols hahahahahaha tapi aku sedih gila tahu. Rasa macam nak menangis pun ada depan optometri tu.
Kalau tabung simpanan cukup lapan ribu, cita-cita umur dua puluh satu aku nak buat lasik.
By the way, hari ni dah hari ke-empat pesta buku kat pwtc tu. Mak aku datang je dah tiga kali. Kalau boleh mama kata dia nak pergi pesta buku ni tiap-tiap hari haha.
Some of the cool-looking books of the day. Bought some fixi and stack of old magazines for real cheap yesterday. Dan dua-dua buku tanjung malim tu buku current favourite mak aku yang buat orang gelak terguling-guling.
Best book of the day, Unstuck or in malay is pecahkan kebuntuan hoho. Terbaik dari ladang Institut Terjemahan semestinya. Plus, dapat 40% diskaun kalau korang beli di booth ITBM pukul 10.30 - 11.30 pagi. #HappyHour. Sangat berbebaloi.
Kenapa best? Sebab banyak aktiviti cool and whatnot.
Kalau korang suka Keri Smith 'wreck this journal' / 'this is not a book', buku ni lebih kurang sama konsep dia.
Oh ya lagi satu.
Fresh dari oven. Mak baru beli tadi. Sangat haruslah mengupload gambar ini hehe. Buku ni kelako.
*P/s: Kerajaan saudi yang kaya-raya berbaik hati bagi naskhah al-Quran free terjemahan inggeris atau melayu kepada anda. Kalau nak ambil jangan segan minta.
Okay setakat tu sahaja. Sedangkan maskot pun bertudung indon, anda bila lagi?
Eheh sekarang ni bukan main banyak aku post haha.
Assalam. Babai adik manis.
5 comments:
bagus oppa post bebanyak i suka heheh. btww buku maahad tu ...
beli lagi! -.-
@Jari|jemari beli apa lagi? buku tu ke????? hahahahhahahah nanti ulfa buat jurnal sendiri jangan risauuuu
ulfah, aku pun pakai spec darjah satu, so no worries, kau ada kawan... hehe. Bestnya dapat pergi pesta buku...
Bosan kan pakai spek bertahun-tahun.
Ajie tak pegi pesta buku ke?
Post a Comment