Sunday, April 28, 2013

temuduga sarjana muda sains senibina

Assalamualaikum. So hari ni tajuk menceritakan segala galanya, dah terang lagi bersuluh. Maka aku akan terus cerita.

Masa yang dalam surat 8.30 pagi. Aku bertolak daripada rumah pukul 7.20, sampai UiTM Shah Alam pukul 8.15. Tapi ya rabbi ya karim, interviewee punyalah ramai. Kalau tahun lepas dia buat lain-lain sesi, tapi tahun ni nak senang kot, dia bubuh somorang pukul 8.30 hah ambik. Walaupun ada lima kaunter semuanya, ramai yang tak perasan lagi empat kaunter tu. so almost semua orang, i mean, semua orang yang baru datang main sambung je dekat satu line ni, iaitu line architecture ni la apa lagi. Nak tak nak tu memang line aku yang sepatutnya pun, so beratur la sepanjang tembok china tu. Parah habis.

Ketika beratur aku didatangi Baiti hoho. The only hamidian around I guess. Aku siap pakai baju batch lagi haha siapa budak maahad tak cam memang la. Program AP243 no giliran aku 83, baiti 85. seorang mamat memisahkan kami hoho.

Okay sebelum aku mula melencong, kitorang duduk tunggu untuk ujian melukis pulak. Satu sesi ujian dalam dewan kuliah tu ada seramai 110 calon. So by the time I arrived to the khemah menunggu the first session candidates was already in the lecture hall. Dia tak ikut nombor giliran pun tapi berbekalkan moto first come first serve dengan main redah je. Setelah tiga jam lebih menunggu, akhirnya aku dapat pun masuk ujian melukis tu. Memang time tu sesi yang terakhir pun haha. Pukul 12 tgh.

Ujian lukisan tu lukislah objek-objek yang diberi haha. Aku dah faham sangat masalah tangan aku ni. Masa permulaan and ending nak melukis ni memang tak boleh melukis tangan nervous sejuk dan basah nanti kotor kertas hoho. Tapi siap jugaklah. Buat shading dengan highlight tu yang kena buat study sikit aku rasa. Esp kalau korang ambik course art lagi la.

Satu jam kemudiannya ujian lukisan tamat. Kitorang diasingkan ikut course. Course yang tertera kat tajuk ni paling ramai calonnya. Yang diploma ukur bahan pula tiga orang sahaja walamak. Tapi kitorang diberi break lagi sebab intervviewer pun dah pergi lunch daaa.

Lepas break, kitorang semangat nak ditemuduga dengan nombor giliran digenggaman. Sebab ramai sangat orang kat depan bilik tu, kitorang pun duduk bersepah sementara tunggu nombor dipanggil. Alangkah lukanya hati apabila rupanya nombor giliran tu TAK ADA function pun. Siapa duduk dekat pintu tu dia panggil dulu sobsob. Tapi sebbek aku pergi tanya sekarang dah nombor berapa, kalau tak lagi parah.

Pukul 3.46 petang akhirnya aku disuruh masuk ke dewan tu. Dalam dewan tu ada lebih kurang lima temuduga going on simultaneously. So tak delah nervous sangat sebab bukan asing-asing. Aku dapat panel 3. Baiti panel 2. Ahh, lagi satu aku terharu masa nak masuk tu, ada lagi lebih kurang enam orang depan aku tunggu turn panel lain. Diorang semua cakap goodluck. Bagus kan diorang tu? Terharu aku. Memang menambah keexcitedan aku. (Kesimpulannya bagilah kata2 positif kat orang walaupun kita tak kenal dia, the effect is the bomb you know!)

Bahayanya aku ni kalau dah excited, bahasa aku ni melanggar semua panduan tatabahasa dan etika keformalan hohoho especially perkataan favourite aku iaitu ikr, you know and guys hoho. Walaupun aku dah praktis dengan baiti masa kat luar sana untuk mengelakkan bahasa-bahasa perbualan ni keluar, terkeluar juga akhirnya ketika diinterview. Aku bawa bersama kerja kursus seni tahun lepas, buku sketch manusia (sketch setiap kali sebelum tidur), dengan buku sketch bangunan (baru buat tiga hari lepas). Btw masa inteview aku dalam 10 minit je lebih kurang tapi aku rasa semua soalan yang aku rasa dia akan tanya, semua ada hhaha. Panel aku dua orang dua dua perempuan. 

So interview aku berjalan seperti berikut. Aku tak tulis jawapan aku sangat. Tau je la aku ni kan, banyak cakap. Banyak sangat kena taip haha. The questions are not in exact order, dah tak ingat. short memory span hha.

Tell me about yourself.
This is soalan wajib so I told my name obviously, siblings & parents names, and current status.

What was your father position?
I answered in details.

Have you ever been oversea?
Dengan yakinnya aku jawab; Nope. Never.

Sekali.

But wait, you were born in manchester? (Puan tu angkat kening)
(Alamak aku lupa aku lahir kat sana =.=) I was only born there. Nothing much. Doesnt have any live experience tho. (Rasa macam dah termenipu la pulak.)

So why did you choose architecture?
Aku cakapla pasal diri aku hoho. Nilah masanya untuk masuk bakul angkat sendiri? Haha. I am the type of people who like to create things. I would love to challenge myself to create more complex things, ie the buildings. I believe architecture have the power to change the nation blabla better malaysia. (Haha bila fikir balik exaggerate gila jawapan)

Why UiTM in the first place?
Who doesnt know UiTM in leading our architecture industry?

What other course do you apply?
I chose architecture in all eight options hehe.

Why not UIA?
I have my own reason takleh cakap kuat2 lol but mainly its because UIA isnt that good in term of practicalities, thats what my seniors told me tho.

Whats your second option?
UTM.
Then why not UTM?
Atm UTM doesnt provide architecture course for fresh spm leaver unless you have a diploma first. But the thing is the course is perancangan bandar dan wilayah. Bukan architecture.

You've been telling a lot about architecture all along, as if you really know what architecture is, Tell me what is architecture really. (Ambik kau, pedas ayat)
Nasib baik Baiti ada share makna architecture tadi hoho. To me architecture is a form of art in a more serious manner, engaged with technologies and science blabla. Its not just about creating buildings, but its about creating space that people enjoy. Sebabnya to make people happy is vital.

So, you are from smka maahad hamidiah? Why you didn't further your studies in islamic field, ie syariah?
You cant expect everyone from religious school to attend syariah courses? Bla bla. Everyone have their own responsibilities. God put us in our own unique paths. So I think this is it, my path. (I shud have mention fard kifayah but I cant recalled the phrase at that time)

So you think base on your knowledge from this maahad, you can apply the knowledge in archi then? (Aku tak ingat dah soalan dia macammana exactly, tapi lebih kurang ah)
(Aku dah start rasa cuak sikit dah time ni sebab ingatkan dia test soalan agama pulak) Well the fact that religion is something unseparable from everything we do, therefore this issue shouldnt be such a problem. We can relate anything into religions, we can relate religions with anything. But at least the idea of propagating the religion more into architecture is here though. (Menjawab ke ni entahlah.)

How do you sketch this things? Design sendiri ke. (Pointing to an old museum in my sketchbook)
Ahhh. Hehe internet of course. 

Is there any particular building you want to tell us?
(Time ni otak dah mula serabut.) Locally or internationally? Hmmm theres too many building to talk about. (Stuck jap) Well the most famous hotel in the world, I guess everyone know it by now, but anyway, its one of my favourites. Burj Al Arab. The only 7star hotel blabla. (Tulah saja2 baca semalam, terkeluar yang tu pulak. padahal yang dah preparenya nak cakap pasal menara pucuk rebung dengan tabung haji tu saja simple.)

What do you think of marina bay?
(OMG APE TUUUUUU) Er the one in singapore right?

Nodded.
(OMGGGGG STRIKE. Aku tak ingat sangat, tapi samar-samar.) Ah its awesome, specatular, stand out from the rest. Tiba-tiba aku cakap pasal Malaysia pun boleh buat benda yang sama bla bla bla.

Orang tanya pasal singapore dia cakap pasal malaysia.
(Ehhh ulfah2 asal ko banyak sangat cakap. Aku takut sikit aku terlebih cakap interviewer yang second tu psycho sikit. Tapi overall dua-dua baik peramah saje)

Have you ever been there?
Nope. Seen the photos only. (Logo eden soalan marina bay dah habis haha.)

Yeah thats all, my interview ended and I was beaming like hell hahahaha. Ive done my best. Tunggu sajalah resultnya. It was joyful enough but everything is in His will. *Eh aku tulis sekali jawapan aku hha.

Bayangkan pukul 8 menunggu sampai pukul 4. Pergh heaven ke.


So seandainya aku diberi peluang untuk ditemuduga untuk ini lagi (aka tips untuk orang lain):

-Datang awal! OMG kalau aku tahu seramai ini umat manusia yang akan datang interview pukul 8.30 ni, aku datang pukul 7. Senang. Tengahari dah boleh habis dah. Silap-silap pukul 10 pun dia dah selesai.

-Pastikan salinan dokumen disahkan. Ramai parents kehulu-hilir nak dapatkan pengesahan tadi. Last2 sebab ramai sangat takde pengesahan, diorang pun terima jela kali ni.

-Pensel dan pemadam dalam genggaman. just jangan tercicir hoho.

-Buatlah shading dengan highlight time ujian lukisan. Pihak UiTM tak suruh pun. Tapi ada segelintir orang siap cepat sangat, plus takde dua benda tu. Baru dua puluh minit dah lepak. Jeles pulak orang sebelah nanti tengok korang awal sangat siap. Macam kes aku.

-Bawak buku semaikan amalan membaca atau anything untuk mengelakkan kebosanan tahap dewa.

-Research pasal archi. obviously ada markah untuk pengetahuan kursus, pengetahuan am, dan pengetahuan seni bina.

-Senyum! sebab senyum ni berjangkit. ada virus positif. confirm interviewer korang akan senyum kalau kau senyum gak, kalau tak nampak dia senyum, dia senyum dalam hati la tu ;)

-Kalau boleh buat design portfolio yang gempak. *Macam baiti sebab lukisan dia gempak gillalos, interviewer dia tanya tiga soalan saja (safe tenaga masa dan air liur) dan kasik markah seratus beserta komen 'very high recommendation' daebaakkk. Bagai bulan jatuh ke riba. Seronoklah baiti, aku tak dapat nak usha markah aku dia sorok T_T

-Jangan lupa tawakkal kepada tak lain tak bukan.


Ada rezeki Allah dimana-mana.
Jumpa lagi. Dah tu je. Sekian.

Sekarang apa kata korang senyum kat random stranger yangkorang jumpa pasni.
Sama gender la selamat sikit.
Dan tengok respon dia.

Ah, heaven.


*p/s: Result dah keluar. Alhamdulillah aku dapat dekat UiTM Seri Iskandar. Tetapi masuknya bulan 9 nanti. Hah nampak tak betapa lambaaaaaaaaaaaatnya masuk nak tunggu budak2 lain. Boleh tidoq empat bulan ni. Hehe.

18 comments:

AD said...

Uuuuu congrates uppah :)

Syaima' said...

uwahh all the best wui ~

khalled said...

oppa daebak!

Baiti Fauzi said...

Weyh..lawa gilalos lukisan!

tini pnye kisah said...

hye . sy dpt kos mcm awk jgak n dkt uitm seri iskandar jgak . we will meet later .
hope we can know each other better after this . add my fb .. https://www.facebook.com/tinizirah23

:)

HΛNNIS KHΛLISΛ said...

assalamualaikum, hai :) so i came accross ur post just now and i read it. fortunately we actually got the same offer, same place, same course. ap243-sarjana muda sains senibina, uitm seri iskndr rite? so i wonder did you get any another offer for the same course like mara, or etc..? if you do, are still going to uitm or not? saje tanye, nak cari kenalan je ;D

Uzhma said...

*sniff*
I need a friend from the same course (AP243) but going to Uitm Shah Alam.
email me?
uzhma.zulkifli@yahoo.com

Anonymous said...

Pendpt ttg archi kt UIA tu aku kurang setuju.Kalau diikutkan kt mana2 IPTA yg ada cos ni sama je taraf dia.Mgkn UIA lbh kpd ciri2 Islamic.In job market, org tak kan tanya which U r u from but ur results & qualities u have.Mcmana bagus pun U tu kalau kita sendiri tak bagus apa guna kan?

Anonymous said...

Pendpt ttg UIA archi aku kurang setuju.Cos ni kat mana2 U pun sama je.UIA mayb lbh ke arah islamik tapi dlm job market mmg org cari.Yg penting bkn U mana kita study but the qualities and criteria yg dicari as an architect.U mcmana bagus pun kalau kita sdri tak bagus apa guna, kan?

ulfa said...

trima kasih anon. aku stuju statement tu. cuma yang aku diberitahu UIA lebih bnyk teori dari praktikal. sorry kalau salah...

Anonymous said...

xperlaa. Itu pendapat masing2.Try baca blog2 org yg amik senibina UIA or student asasi AED, then u will know.Kalau setakat teori bkn archi namanya.My brother is archi student.Dia pnh apply UITM as 3rd choice dlm UPU tapi dpt UIA.Dh rzki dia kt situ & he's happy with it.What i can say, sumer U ada kelbhan masing2.Yg penting ilmu tu yg kita nak. SELAMAT BERPUASA!

Unknown said...

assalamualaikum , kak . seronok baca blog kakak . pengalaman pertama tu yg manis walaupun hakikatnya susah ditempuh . haha . sarjana muda sains senibina ? tu ape kak ? takpyh ambik diploma ke ? tw terus lompat naik ijazah ?

Anonymous said...

serious ke boleh letak lapan2 pilihan kos yang sama je?
sbb sy pown hnya minat architecture n x de pilihan lain yang minat..boleh ke letak sarjana muda seni bina uitm untuk lapan2 pilihan? lagipun hnya di uitm shja yang ad seni bina sy tengok..
TOLONGLAH JAWAB..
TQ..

ulfa said...

@Arul Salleh: Thanks! Yep tak payah diploma nor matriks jimat



@Anonympus: Sorry sangat anonymous. Akak baru terbaca ni. Maaf sangat2 tak reply awal.

Unknown said...

bleh tolong ajar tak? cara nk interview uitm senibina rasa takut la plak...

ulfa said...

@Aziim Sazali Bila interviewnya? I think I've given all the tips up there! Baca2 skt pasal archi malaysia and do ur best for ur portfolio! Show them how precious you are insyaAllah ada rezeki! :) All the best bro!!

Unknown said...

The portfoli yang dihasilkan oleh akak perlu disahkan oleh orng pro ke ?

Hopefully can reply to me, even though u are busy :)

ulfa said...

@Sharifah Nur Fatihah nope, portfolio tu tak perlu disahkan