Sunday, December 6, 2009

pengalaman menghidap penyakit B.

Status: Sedang bergelut dengan masalah yang aku sendiri cipta. Arrgh!

Peristiwa: Tadi selepas perjumpaan debat berakhir, aku duduk menghabiskan masa di kantin sementara menunggu ayah aku tiba. Bosan sungguh! Bekalan nasi lemak yang sepatutnya menjadi makanan sarapan masih belum terusik, jadi aku pun makanlah seorang diri di meja kantin yang dah dibalut habuk tu.
            Untunglah juga di situ ada seorang pelajar tingkatan lima ditemani ibunya ketika itu, maka tidaklah aku terasa begitu keseorangan. Ketika itu aku juga melihat sebuah beg sekolah kepunyaan entah siapa, tertinggal di sudut kantin Kesian, banyak barang dalam beg tu rasanya.
             Sunyi benar sekolah! Yang kedengaran hanyalah bunyi mesin menyimpan air minuman beroperasi di sudut hujung kantin. Pelajar tadi telah beredar. Kebosanan yang melanda diriku ini kemudiannya membuatkan aku berjalan-jalan di sekitar sekolah. Ya, kerja-kerja pembaikpulihan hampir tamat mungkin. Namun tidak lama selepas itu, aku kembali kebosanan, lalu kembali duduk di bangku kantin.
             Entah bagaimana kemudiannya aku membuka langkah ke asrama tercinta yang terletak nun di sebelah dewan. Tiba di MN, kosong. Mak Cik Jaga pun dah balik bercuti. Nasib baik pagar tak berkunci, jadi aku masuk dengan senang hati.Tapi tiba-tiba, aku perasan. Ada bunyi tapak kaki. Aku toleh belakang, tiada sebarang kelibat kelihatan. Jadi aku teruskan berjalan macam biasa. Aku dengar betul-betul bunyi tu, ya! Memang ada bunyi tapak kaki. Sayup-sayup tetapi jelas! Huh, aku dah semakin cuak. Tetapi rupa-rupanya baru aku sedar bahawa bunyi derapan tapak kaki itu adalah bunyi yang terhasil daripada aku sendiri. Disebabkan kawasan tu sunyi lagi meyuramkan, jadi bunyi derapan langkah aku bergema lah.
              Tapi tiada siapa berada kat situ pun, jadi aku taklah malu pun. Hehe. Buat rondaan sekejap. Tapi tak menarik juga. Semak di hutan belakang dewan makan tu dah ditebas, lapang sikit. Jadi lepas ni kalau makcik tu bakar sampah, susahlah kawasan tu nak terbakar kan?
               Kembali aku di kantin sekolah selepas itu, aku memerhati keadaan sekolah. Banyak kenderaan lalu-lalang, kadang-kala akak-akak LCM,atau senior-senior, takpun ibubapabudak-budak SPM&STPM nak hantar/ ambil anak-anak mereka. Loceng asrama putera kedengaran, panggil para jemaah solat rasanya. Tapi belum masuk waktu lagi. Dan aku menunggu bilalah nak azan.
              Perasaan yang sama terus menjadi peneman aku yang akhirnya membawa aku kepada kemengantukan! Azan lansung tak dengar, tak perasan waktu sudah angka berapa ketika itu. Aku tertidur dalam kebosanan sudahnya..  Dalam kemamaian, entah macammana aku boleh terpergi melihat lorong info tu, & aku tersedar ada beberapa lembaga sedang terjenguk-jenguk tika itu. Agaknya mereka hairan mungkin, siapa agaknya perempuan yang berbaju serba hitam di tengah-tengah kantin tu. Dan kemudian mereka berpatah balik, & pergi belah.
              Hahah. Aku yang separuh sedar terus segar jadinya. Beberapa minit kemudiannya aku mendapat hidayah, untuk tidak mempersiakan waktu yang berlalu. Kerja sekolah di dalam beg dikeluarkan. Aku baru berura-ura nak menyiapkan karangan tu, sekali bunyi kereta hitam ayahku hadir di gegendang telinga. Mahu tak mahu aku pun beredar meninggalkan sekolah & penghuninya yang masih bersisa.
              Sebagai kesinabungan kebosanan tadi, dalam perjalanan hinggalah seketika tadi, aku menghadapi serangan sakit kepala yang menusuk!
              
            

No comments: